Tuesday, June 23, 2009

Motivasi Dr Fadzilah kamsah

Orang Gagal Tak Suka Dengar Cerita Orang Berjaya
Orang gagal tak suka dengar cerita orang berjaya kerana dia akan iri hati. Dia tak suka dengar kerana cerita-cerita sebegitu seperti satu sindiran pedas buat dirinya. Sebab itulah orang gagal lebih suka berkawan dengan orang gagal juga. Kesannya, akan bertambah-tambah gagal dia kerana masuk ke komuniti orang-orang gagal.
Jika ada orang seperti di atas, Anda kena berubah. Kita dalam hidup ni kena berjaya. Sebagai orang Melayu dan beragama Islam pula, sepatutnya kita mempunyai keinginan kuat nak berjaya kerana laungan azan mengajak kita ke arah kejayaan. Bukan sekali kita dengar laungan azan tu tapi lima kali berturut-turut dalam sehari, 365 hari dalam setahun sepanjang Anda hidup. Kita kena capai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya, perniagaan, kekeluargaan dan kewangan.
Kejayaan yang kita capai akan menjadi pendorong pada orang-orang di sekeliling kita supaya mereka turut mahu menjadi orang berjaya. Agama kita menyuruh kita berjaya, kerana dalam jangka masa panjang ia akan mengangkat ekonomi ummah kita ke tahap ekonomi berjaya. Lantas, kejayaan ekonomi akan meransang kejayaan dalaam pendidikan, politik, persekitaran dan kemanusiaan.
Jika Anda pernah jadi orang gagal, jangan biarkan diri Anda terperuk dalam kancah kegagalan. Lepaskan diri dari kegagalan dengan mula memfokus fikiran ke arah kejayaan. Fikirkan kejayaan, bayangkan kejayaan, bertindak menuju kejayaan. Lakukan 3 perkara itu dan secara automatik Anda akan mempunyai cetusan motivasi untuk lancar bergerak.
Hari ini Anda orang gagal. Esok, Anda kena berubah jadi orang cemerlang. Lusa, pastikan Anda jadi orang berjaya. Pilih untuk menjadi orang berjaya.
Lebihkan Usaha Dari Memikir
Nak mencapai matlamat kita, impian kita, lebihkan usaha dari memikir. Strategi dan perancangan memang perlu, tapi usaha dua kali ganda amat perlu, apatah lagi usaha Anda melibatkan kerjaya, kewangan dan kekeluargaan. Orang-orang berjaya melebihkan usaha dari duduk bersembang, berfikir dan mengkritik hal-hal dunia.
Mereka diamkan mulut, rajinkan tangan mengerjakan apa yang patut dikerjakan. Jika Anda nak jadi orang berjaya, Anda kena melatih diri sendiri untuk lebih banyak bekerja, berusaha dan kurangkan bercakap, berbahas dan bersembang kosong. Semua tu boleh, tapi kurangkan.
Seminit membuat kerja, lebih berguna dari 11 minit bersembang kosong soal dunia yang kita tak leh kontrol, misalnya ekonomi, penyakit dan inflasi. Jangan hampirkan diri dengan orang yang hanya tahu bercakap, tapi mengelak berusaha. Jauhkan diri dari orang yang bijak memikir, tapi kurang kurang bijak dalam bertindak.
Fikiran hanya menimbulkan idea, tapi realiti terbina bila idea itu diusahakan, dijelmakan ke dunia sebenar. Contoh? Menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang dan kereta Proton hanya idea seorang lelaki bernama Tun Dr Mahathir, tapi ia berjaya dijelmakan ke dunia realiti, dunia sebenar kita hanya kerana dia lebihkan usaha dari memikir.
Tak kira siapa Anda, suri rumah, student, pekerja, pekebun atau usahawan, lebihkan usaha dari memikir. Memikir hanya diperingkat permulaan, tapi usaha Anda membuat Anda sampai ke akhir garisan. Mungkin, Anda sampai lebih dulu dari orang lain disekeliling Anda!
Minat Memperbaiki Diri
Kita akan mencapai tahap lebih baik jika kita minat memperbaiki diri. Apa maksud minat? Ia adalah sesuatu yang Anda lakukan dengan penuh suka. semacam hobi.
Hobi adalah sesuatu perbuatan yang Anda buat dengan penuh suka. Tentu Anda ada hobi, misalnya memancing, bermain futsal, bola sepak, bermain games komputer, berjalan-jalan, bershopping atau melayari internet. Bila sudah suka, Anda akan buat tanpa perlu disuruh-suruh, tanpa perlu dipaksa-paksa.
Bila Anda sudah minat memperbaiki diri, Anda akan suka membaca sesuatu yang boleh membuat Anda menjadi semakin baik, mengawal emosi dengan lebih baik, menjaga tahap motivasi dengan lebih baik. Kemudian, Anda akan minat untuk belajar memperbaiki diri.
Sampai ke satu tahap, bila Anda sudah banyak membaca bahan-bahan yang dapat membuat Anda berjaya memperbaiki diri sebelum ini, lama-kelamaan Anda akan minat untuk merekemenkannya pada orang lain, orang yang turut sama berminat untuk memajukan diri mereka sama ada nak memajukan diri dalam pelajaran, pekerjaan ataupun perniagaan.
Anda terjumpa blog iMotivasi kerana Anda minat bahan-bahan bacaan motivasi, kemudian Anda minat mahu memajukan diri, lebih maju dari tahap sebelum ini, maju semaju yang boleh, sehebat yang boleh, secemerlang yang boleh. Tak ada sesiapa menyuruh Anda, minat tersebut muncul begitu saja, Anda pula seronok melakukannya.
Dalam apa jua yang kita lakukan dan siapa juga kita, kita seharusnya kena ada minat memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Tahap kita akan jadi cemerlang dalam diam tanpa kita sendiri sedari. Bila Anda sudah minat sesuatu, kemudian Anda minat memperbaiki diri, memperbaiki tahap pengetahuan Anda dan tahap kemahiran Anda, Anda akan semakin maju ke depan.
Sedar tak sedar, Anda dah berjaya mencapai sesuatu tahap yang sukar dicapai oleh orang lain di sekeliling Anda. Lupakan dulu ganjaran, dahulukan minat lebih dari segalanya. Ganjaran akan datang selepas itu secara automatik. Ia mungkin waktu rehat yang selesa, tidur yang nyenyak atau duit yang tak yang tak putus-putus datangnya.
Sekarang ini, Anda kena minat memperbaiki diri dalam apa jua yang Anda lakukan. Tak kiralah sama Anda adalah suri rumah, pelajar, guru, pelukis, Editor majalah, wartawan, pemandu teksi ataupun seseorang yang baru belajar memandu kereta, mekanik, digital designer, perunding Takaful, Eksekutif mahupun seorang bapa.
Kita kena ingat siapa kita, bagaimana tahap pencapaian kita, perhatikan sekeliling kemudian tekadlah utuk memperbaikinya, dengan mula memperbaiki sikap diri sendiri dulu. Perubahan dalaman, akan mencetus perubahan luaran. Jangan ambil mudah. Keseronokan yang dibuat-buat senang dikenalpasti, kerana ia lahir dari hati.

No comments:

Post a Comment