Wednesday, June 24, 2009

hari kokurikulum...17 june 2009

pelajar taekwondopelajar taekwondopelajar taekwondopelajar taekwondopelajar taekwondo
Lensa ini menunjukkan sebahagian daripada aktiviti ko-kurikulum yang berjalan minggu lepas. Ini merupakan kumpulan pelajar yang menganggotai badan beruniform taekwondo. Pada setiap Rabu, apabila pelajar perlu mengikuti uniform masing-masing,pelajar taekwondo pun tidak terkecuali. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti mereka logo kumpulan, 'did u know', permainan catur dan scrabble dan gambar di atas ini...penglipur lara moden. Seorang pelajar akan bercerita tentang pengalaman sama ada pahit ataupun manis. Ceritanya berkisarkan jejak-jejak perjalanan mereka dari sekolah rendah sehingga sekarang.
Pelajar taekwondo menjalani latihan pada setiap Isnin. Ianya diajar oleh seorang guru bertauliah iaitu Encik Mustafa. Ahli berdaftar uniform ini ialah seramai 20 orang. Pada bulan Julai akan datang, pelajar akan menjalani ujian pertama untuk memiliki tali pinggang kuning. Bagi pelajar senior, ujian untuk memdapatkan tali pinggang hijau dan merah.
Selamat Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment