Friday, December 18, 2009

keputusan PMR 2009.

Perhatian kepada semua pelajar yang telah menduduki peperiksaan PMR 2009, keputusan PMR akan diumumkan pada 24.12.2009.

Wednesday, December 9, 2009

MENCERIAKAN PERPUSTAKAAN.

Pengawas-pengawas media (Pustakawan) sedang mengecat perpustakaan setelah 7 tahun tidak bertukar.

Friday, November 20, 2009

Perpisahan.

Lumrah dunia yang hidup pasti mati, yang datang pasti pergi dan berjumpa pasti berpisah. Guru Media SMKTTJ Pn. Hjh Norizan bt. Saari akan berpindah ke sekolah baru SMK Pantai Remis, mulai 1 Disember 2009. Semoga akan beroleh kejayaan. Beliau telah bersama SMKTTJ dan PSS SMKTTJ sejak 2002.
Kata-kata terakhir beliau pada mesyuarat guru (akhir) 2009.

Wednesday, November 18, 2009

Peperiksaan SPM 2009

Setelah setahun menanti akhirnya saat yang dinanti tiba juga. Mungkin menjadi penentu kepada masa hadapan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Tapi segalanya di tangan Allah, Manusia hanya mampu merancang. Semoga semua pelajar yang menduduki peperiksaan SPM terutama pelajar-pelajar SMKTTJ bersedia menghadapinya, dan semoga berjaya mendapat keputusan yang di idam-idamkan. Amin.

Tuesday, November 10, 2009

Perkembangan staf. EQ

Hari ini sekolah kami telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang di kelolakan oleh En. Fadzli ( bakal pengetua). Ceramah yang betul-betul memberi makna kepada mereka yang ingin memahaminya dan menghayatinya.
Saya sangat terharu dengan apa yang saya lihat . Begitu besar kuasa otak yang Allah berikan kepada manusia. Insyaallah, ia mampu mengawal segala-galanya. Cuba anda lihat video ini dan fikirkan.

Wednesday, October 7, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

Khas buat pelajar-pelajar SMKTTJ, seterusnya untuk pelajar-pelajar seluruh Malaysia. Selamat menghadapi peperiksaan PMR 2009. Semoga Tuhan permudahkan urusan anda. AMIN.

Friday, September 25, 2009

SELAMAT HARI RAYA, AIDIL FITRI

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri untuk semua muslimin dan muslimat terutama "follower" blog ni. Maaf Zahir Batin. Maklum la sibuk sangat dengan persiapan Ramadhan dan Hari Raya sehingga tak sempat nak "up grade" blog.