Tuesday, August 18, 2009

Program Iqra':Membaca Sepanjang Hayat

17 August 2009:

Bertempat di Dewan Sri Rembau, Rembau, jam 3.00 petang, satu majlis ilmu telah berlangsung dengan jayanya. majlis Program Iqra':membaca Sepanjang Hayat merupakan satu program anjuran Pemuda UMNO Malaysia, Akademi Pemuda dan Yayasan Pembangunan Buku Negara.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Khairy Jamaludin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO Malaysia selaku Ahli Parlimen Rembau. Sekolah-sekolah di kawasan parlimen Rembau (Kota, Chembong, Paroi dan Rantau) telah hadir ke majlis tersebut.

Pihak penganjur telah menghadiahkan sebanyak 30 buah buku untuk perpustakaan sekolah dan buku serta sijil telah diberikan kepada peserta. Anugerah tokoh NILAM juga telah diberikan kepada tokoh sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas.

SMK Taman Tuanku Jaafar telah menghantar 3 orang pembaca terbanyak menengah rendah iaitu Muhammad Nur Ikhwan, Mohd Afifuddin dan Mohd Azizi. Tiga lagi pelajar menengah atas tidak dapat ikut serta kerana sedang menduduki peperiksaan percubaan SPM.

Terima Kasih Daun Keladi dari kami PSS SMKTTJ kepada pihak penganjur yang sudi menganjurkan majlis ilmu ini:
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Saturday, August 15, 2009

Sayonara! Adios!

Kami...warga SMKTTJ dan Pusat Sumber SMKTTJ khasnya mengucapkan selamat jalan dan selamat menjalani tugasan baru di tempat dan situasi yang baru. Maafkan kami seandainya ada terkasar kata, termakan dan terminum tanpa meminta. Maafkan kami seandainya ada terselit rasa duka, tersimpan sekelumit luka yang tanpa kami sendiri sedar. Pandanglah kami andai ada kelapangan. walau jauh di mata jangan sesekali hilang di sudut hati. Dari kami...
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket