Saturday, August 1, 2009

Perkhemahan Perdana 2009

31 julai 2009:

Perkhemahan Perdana 2009 berjalan dengan lancar bermula 31 Julai 2009 hingga 02 2009 bertempat di Padang SMK Taman Tuanku Jaafar. Peserta seramai lebih kurang 120 orang telah menyertai perkhemahan selama 3 hari ini.

Pelbagai aktiviti disediakan kepada peserta yang menguji tahap keupayaan fizikal dan mental mereka. Pelajar diajar cara-cara untuk memasak, mengemas dan menjaga kebersihan.

Pada jam 08.30 malam 31 Julai, perasmian penutup bulan kecergasan kebangsaan anjuran Rakan Muda telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Firdaus Muhamad Rom b Harun (DSNS, PJK) selaku Setiausaha Politik YAB Menteri Besar Negeri Sembilan.

Majlis diserikan dengan pertunjukan dari silat, taekwondo dan silambam serta dihiburkan dengan kumpulan koir dengan lagu-lagu patriotik. Majlis berlangsung dengan begitu meriah.

Ikutilah rentetan warna warni sepanjang Perkhemahan Perdana 2009:
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

No comments:

Post a Comment