Monday, June 29, 2009

Al-Jahiz -- ahli zoologi Islam pertama
DALAM setiap generasi dan di setiap negara, terdapat beberapa individu yang mempunyai azam untuk belajar dan bekerja dalam bidang berkaitan alam semula jadi. Jika mereka tidak wujud maka dunia pastinya akan musnah.

Antara individu tersebut termasuklah Abu Uthman Amr ibn Bakr al-Kinani al-Fuqaimi al-Basri yang lebih dikenali sebagai al-Jahiz.

Al-Jahiz ialah ahli zoologi Islam yang pertama dan merupakan penulis buku The Book of Animals. Beliau lahir pada tahun 776 iaitu 14 tahun selepas Baghdad diasaskan oleh Abbasid Caliph al-Mansur.

Al-Jahiz belajar membaca dan menulis pada awal usia dan menceritakan bagaimana ibunya memberinya ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas-kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.

Akhirnya, Al-Jahiz memulakan kariernya sebagai penulis dan antara tulisannya yang paling tersohor ialah Book of Animals. Beliau menerima 5,000 dinar emas dari pegawai yang menerima buku Book of Animals.

Al-Jahiz telah menulis lebih 200 naskhah buku tetapi hanya 30 naskhah dapat diselamatkan. Hasil kerjanya meliputi bidang zoologi, tata bahasa Arab, puisi, retorika dan kamus.

Beliau dianggap sebagai salah seorang saintis Islam yang menulis mengenai saintifik dan subjek yang kompleks untuk orang kebanyakan.

Hasil kerja Al-Jahiz yang terpenting ialah Book of Animals iaitu Kitab al-Hayawan yang mana sungguhpun tidak lengkap, ia mengandungi tujuh jilid yang edisinya dicetak.

Ia mengandungi maklumat saintifik yang penting dan jangkaan konsep nombor yang hanya dibangunkan sepenuhnya sehingga separuh kurun ke-20.

Dalam buku itu, Al-Jahiz membincangkan perkara mengenai peniruan haiwan iaitu sesetengah parasit menyesuaikan warnanya mengikut haiwan yang ditumpanginya.

Beliau juga menulis panjang lebar mengenai pengaruh cuaca dan diet manusia serta tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang hidup di persekitaran geografi dan kawasan yang berbeza.

Beliau turut membincangkan mengenai komunikasi di antara haiwan, psikologi dan tahap intelek serangga dan beberapa spesies haiwan.

Selain itu, beliau menyediakan turutan yang lengkap mengenai organisasi sosial serangga yang diperoleh daripada pemerhatiannya.

Antaranya bagaimana serangga menyimpan biji-bijian di dalam sarang yang tidak rosak pada musim hujan.

Beliau juga tahu sesetengah serangga bertindak balas terhadap cahaya dan telah menggunakan maklumat ini untuk mencadangkan satu kaedah memerangkap nyamuk dan lalat.

Pada awal pelopor sains zoologi dan antropologi, Al-Jahiz telah menemui bahawa kesan alam sekitar terhadap kehidupan haiwan dan juga memerhati perubahan spesies haiwan berdasarkan beberapa faktor.

Dalam beberapa muka surat buku itu, beliau turut menggambarkan konsep sains yang biasanya berlainan dengan konsep yang dinyatakan oleh Charles Darwin.

Konsep Al-Jahiz adalah sesuatu yang baru dalam sejarah sains dan sungguhpun ahli falsafah Greek seperti Empedocles dan Aristotle membicarakan perubahan dalam tumbuhan dan haiwan, mereka tidak melakukan langkah pertama untuk memperkembangkan teori itu secara komprehensif.

Bagi mereka, perubahan itu hanya satu konsep yang ringkas dan pergerakannya pula tidak memberi makna apa-apa.

Sebanyak 87 lembaran daripada buku Book of Animals (kira-kira satu pertiga daripada teks asal yang ditulis oleh al-Jahiz) kini dipelihara dan disimpan di Perpustakaan Ambrosiana Library di Milan, Itali.

Koleksi itu (salinan daripada naskhah asal) bertarikh kurun ke-14 dimiliki oleh pemilik terakhir, Abd al-Rahman al-Maghribi, tahun 1615.

Lembaran daripada buku Book of Animals itu mengandungi lebih 30 ilustrasi dalam bentuk kecil.

Al-Jahiz kembali ke Basra selepas menghabiskan masa lebih 50 tahun di Baghdad. Beliau meninggal dunia di Basra pada tahun 868 akibat kemalangan ditimpa rak buku di perpustakaannya.

Matematik -- Sumbangan ilmuan Islam

MENURUT sejarah, zaman kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu ialah antara kurun ke-7 hingga 13. Salah satu bidang ilmu yang sangat tersohor ketika itu ialah matematik.
Tokoh-tokoh ilmuan Islam telah menyumbang dan mencipta pelbagai perkara baru dalam bidang Matematik seperti sistem perpuluhan dan operasi-operasi asas matematik yang mempunyai kaitan dengan soal-soal tambah, pengurangan, darab, bahagi dan eksponen.
Tokoh-tokoh matematik Islam juga memperkenalkan konsep `kosong’ dalam dunia matematik. Selain itu, mereka juga telah membangunkan konsep-konsep dan fungsi trigonometri; sin, kos dan tangen pada kurun ke-10.
Di bawah adalah tokoh-tokoh matematik Islam yang tersohor.


AL-Khawarizmi
Nama penuhnya ialah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra.
Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi.
Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab Al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra.
Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin.
Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.


Al-Kharkhi
Al-Kharkhi atau nama penuhnya, Abu Bakr ibn Hussein dilahirkan di Kharkh, sebuah kawasan di Baghdad, Iraq.
Kepakaran dan sumbangan beliau meliputi aritmetik, algebra dan geometri.
Hasil tulisannya, Al-Kafi fi Al-Hisab (Kepentingan Aritmetik) adalah mengenai peraturan-peraturan pengiraan.


Al-Khindi (801-873)
Nama penuhnya ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Antara sumbangan besar Al-Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.


Al-Battani (850-929)
Al-Battani atau Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah adalah bapa trigonometri dan dilahirkan di Battan, Damsyik. Beliau putera Arab dan juga pemerintah Syria.
Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan matematik Islam yang tersohor.
Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.


Al-Biruni (973-1050)
Beliau adalah antara orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden.
Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik.
Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang sendiri.
Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia

Lihatlah dan kenalilah saintis islam yang agung pada laman berikut:



No comments:

Post a Comment