Sunday, June 21, 2009

kursus pustakawan ke 2



18 - 19 jun 2009:
Kursus pustakawan kali ke 2 telah dijalankan kepada semua pustakawan lama dan baru.kursus yang memakan masa selama 2 hari ini merangkumi kaedah-kaedah memproses buku baru, menyusun buku di rak mengikut pengkelasan Dewey, membaikpulih buku rosak serta proses menghapuskira buku lama.

Kursus ini bermula jam 3.00 petang hingga jam 4.30 petang bertempat di perpustakaan SMKTTJ. Penyelia kursus ialah Puan Norizan selaku penyelaras Media dan Perpustakaan, Puan Sabariah iaitu guru perpustakaan dan Puan Raja merupakan pembantu perpustakaan.

Seramai 30 orang pustakawan terlibat dalam kursus tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan pustakawan semasa menjalankan tugas-tugas membantu guru media dan perpustakaan. Sebelum ini kursus yang sama telah dijalankan pada bulan April 2009 selama seminggu kepada pustakawan percubaan seramai 18 orang. mereka yang menghadiri kursus dengan jayanya telah dipilih sebagai pustakawan baru untuk tahun 2009. Kursus tersebut merangkumi kaedah memproses buku mengiut pengkelasan Dewey, menghasilkan fail tegak, keratan akhbar, membaikpulih buku serta menyusun buku di rak.

Pihak pusat sumber akan menyusun dan merancang beberapa lagi program yang akan meningkatkan kemahiran pustakawan untuk membantu mereka menjadi seorang pelajar yang bukan hanya menumpukan perhatian terhadap pelajaran malahan tahu menguruskan hal mengenai pentadbiran terutama di perpustakaan.

Pihak Pusat Sumber SMKTTJ mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pustakawan yang telah hadir kursus pustakawan ke 2 dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment