Friday, July 24, 2009

Mari Memasak

Lihat lah koleksi petua di dapur yang di selak dari buku Puan Betty Yew "Petua Dari Dapur"

S: Bagaimanakah mengadun putih telur dengan agar2?Apa yang selalu terjadi ialah apabila agar-agar beku, semua putih telur naik ke atas?
J: Bagi memastikan telur sebati dengan larutan agar-agar, gunakan pemukul telur bulat dan pukul telur hingga kembang tetapi tidak kontang.

S: Saya ingi n membuat sendiri serbuk roti. Patutkah saya membakar atau memanggang roti itu di dalam ketuhar?
J: Bakar roti yang sudah disimpan selama 2 hari dalam ketuhar sederhana panas sehingga kering dan ranggup tetap tidak perang. Apabila telah sejuk, kisar di dalam mesin memproses makanan atau tumbuk di dalam lesung.

S: Mengapakah kek saya sering merekah di tengah-tengahnya?
J: Ia terjadi mungkin kerana ketuhar terlalu panas atau acuan kek terlalu kecil.

S: Mengapakah kek yang dibakar cantik naiknya tetapi turun setelah sejuk? Bagaimanakah mengelakkan hal ini terjadi?
J: Sama ada kek kurang bahan penaik atau biarkan kek masak lebih lama sedikit (5 minit atau lebih) sehingga kek betul-betul masak keseluruhannya apabila diuji dengan lidi.

S: Apabila membakar kek keju, permukaannya menjadi perang. Adakah ia memang begitu atau kek tersebut hangus?
J: Kek keju bakar mempunyai permukaan perang muda, bukan hangus. jika permukaannya menjadi perang terlalucepa, tutup bahagian atas dengan dulang atau aluminium foil semasa membakarnya.

S: Apakah tepung sagu sama dengan tepung ubi kayu?
J: tepung sagu adalah kanji yang didapati dari empulur pokok sagu manakala tepung ubi kayu didapati dari isi ubi kayu. kedua-dua jenis tepung ini digunakan sebagai bahan pemekat sup atau sos dan kuih-muih tempatan. Untuk kuih, tepung sagu memberi tekstur lebih licin.

S: Apakah tepung keledek?
J: Tepung keledek ialah tepung kanji yang didapati daripada keledek. Digunakan sebagai bahan pemekat untuk sup dan sos serta sebagai bahan pengalas masakan 'Chinese Stir Fried Oyster'. Kepekatannya kurang sedikit berbanding tepung jagung.

S: Adakah betul madu tidak boleh disimpan dalam peti sejuk?
J: Madu tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk kerana ia akan berkristal.

S: Bagamana untuk mengurangkan lendir bendi?
J: Cara nak kurangkan lendir bendi yang digorengketika mengoreng bendi, masukkan bersama asam keping atau air asam jawa. masakan tadi tidak terlalu berlendir.

S: Bagaimana untuk menanggalkan kulit telur tanpa merosakkan isinya?
J: Menanggalkan kulit telur tanpa isi nya rosak. Setelah kulit telur diretakkan, rendam telur ke dalam semangkok air seketika, kemudian bolehlah dikupaskan.

S: Bagaimanakah cara untuk jambubatu lebih rangup?
J: Jambu batu dipotong dan dibuang biji kemudian rendam kedalam air dan disimpan didalam peti sejuk.. kesejukan air tersebut boleh menyebabkan jambu tadi lebih ranggup

S: Menyimpan cendawan lebih lama
J: Cendawan yang kita beli di pasar biasanya dipaket di dalam plastik. Jika anda hanya pergi ke pasar seminggu atau dua minggu sekali, sukar menyimpannya kerana ia mudah busuk. Jadi, selepas membeli cendawan, keluarkan dari plastiknya dan elakkan ia terkena air. Bungkus cendawan itu dengan kertas surat khabar dan simpan di dalam peti sejuk.

Jika disimpan di dalam plastik, cendawan itu akan bernafas dan mengeluarkan air dan menyebabkan ia membusuk. Jika dibalut dengan akhbar, cendawan itu gagal bernafas dan ia akan tahan lebih lama iaitu kira-kira lima hingga ke tujuh hari.

S: Masak lemak pecah minyak ?
J: Jika ingin mengelakkan masak lemak anda pecah minyak dan berketul-ketul, pastikan api anda perlahan sepanjang memasaknya. Atau jika ingin memasak dengan cepat, anda besarkan api dapur dan pastikan sentiasa mengacau masak lemak tersebut sehingga sudah pekat kira-kira sepuluh minit dan kemudian perlahankan api tersebut sehingga masak.

S: Petua menyimpan lengkuas
J: Jika anda tidak mahu lengkuas yang dibeli cepat mengecut, simpan lengkuas itu di dalam botol kaca atau botol plastik yang telah dimasukkan sedikit air dan tutup rapat. insyaAllah ia akan tahan lebih lama

S: Bagaimana untuk memastikan santan tahan lama
J: Jika membeli santan peket, terus simpan di dalam peti sejuk dan jika memerah kelapa, pastikan anda menggunakan air masak. Masukkan santan ke dalam periuk dan tambah sedikit garam dan masak di atas api sederhana hingga pecah minyak. Santan akan tahan lebih lama sehingga dua atau tiga hari

S: Bagaimanakah cara untuk meranggupkan kentang goreng?
J: Setelah dikupas kulit kentang, dibasuh dan dipotong, gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya hingga rata. Masukkan kentang tersebut ke dalam bekas yang berlubang seperti penapis santan dan toskan 1-2 jam hingga kentang kering. Selepas itu, gorenglah kentang tersebut dengan menggunakan minyak yang banyak di atas api yang sederhana agar betul-betul rangup.

Lagi petua-petua di dapur:
http://rozana.blogdrive.com/

No comments:

Post a Comment