Saturday, July 18, 2009

Antartika Benua Sejuk.



Antartika.. merupakan benua ke-5 besar dan terletak paling selatan dunia.
Merupakan kawasan yang paling sejuk dan berangin.
Purata suhu ialah dibawah -70 darjah. Rekod kesejukan yang pernah dicatat ialah -128.5 darjah celcius.
Keadaan inilah yang menyebabkan manusia tidak boleh mendiami kawasan kutub selatan.
Namun, bila tiba musim panas, beribu manusia pergi ke kutub selatan untuk menjalankan penyelidikan.
James Cook merupakan orang pertama mendarat di benua antartika iaitu pada januari 1773. Beliau tidak melihat apa-apa hidupan mahupun permukaan tanah.
47 tahun kemudian, iaitu pada januari 1820, Admiral Fabian von Bellingshausen dan M.P. Lazerev menjumpai permukaan tanah di kutub selatan.
John Davis iaitu kapten kapal Amerika ialah orang pertama menjejakkan kaki di benua antartika. Beliau menjejakkan kaki di tempat yang dipanggil Hughes Bay pada Februari 1821.
Sebahagian besar benua dilitupi oleh ais dan salji. Jika kesemua ais dan saljinya mencair, ia mampu menenggelami dunia sedalam 200 kaki.
Terdapat juga ais yang menganjur ke lautan yang dipanggil Ice Shelf. Ice Shelf yang terbesar ialah Ross Ice Shelf sebesar Texas iaitu 208,00 km persegi.
Antartika terbahagi kepada 2: timur dan barat.
Di bahagian timur terdapat batuan yang tua dan lama sebagai asas dan batuan muda di kemuncaknya. Ketinggiannya menjaungkau 1.600 kaki di atas paras laut. Namun, para santis tidak begitu yakin kerana ketebalan ais ialah kira-kira 6,000 kaki dalam.
Bahagian baarat antartika ialah selatan kebenuaan Amerika. Permukaan tanahnya tidak begitu tinggi dan terdapat juga bahagian yang terletak di bawah paras laut.
Kawasan yang paling tingi di bahagian barat benua antartika dipanggil Vinson Massif dengan ketinggian 16,000 kaki.
Pada musim panas, sebahagian dari permukaan daratan yang berbatu terutamanya di pesisir pantai akan kelhatan kerana pencairan salji dan ais. Ini menyebabkan berlaku proses rekahan dan hakisan oleh ombak.
Terdapat dua gunung berapi yang kelihatan di benua ini (kemungkinan lebih banyak) iaitu Gunung Erebus yang terletak di atas Ross Ice Shelf.

Cuaca

Cuaca di benua antartika 50-80 darjah lebih sejuk berbanding artik.
Salji dan ais menyebabkan cuaca di antartika menjadi sejuka dan ditambah pula dengan tiupan angin kencang yang mempercepatkan jatuhan suhu. Setiap 1.2 mph kelajuan tiupan angin menyebabkan suhu jatuh sebanyak 1,8 darjah F.
Antartika merupakan sebuah gurun yang mengandungi 70% air tawar yang terbentuk beribu tahun dahulu. Bahagian tengah benua menerima turunan hujan kurang 2 inci setahun kerana wap-wap air telah bertukar menjadi salji. Oleh itu, antartika merupakan satu daripada benua terkering di dunia.
Angin yang terlalu sejuk tidak mengandungi kelembapan dan cuaca menjadi terlalu kering. Begitu juga di pesisir pantai, apabila suhu jatuh ke paras melampau, turunan hujan menjadi 15 inci setahun.
Di bahagian barat antartika, merupakan kawasan yang paling panas. Pada musim panas, suhu mencapai 59 darjah F.
Bagi mereka yang menjelajah ke benua antartika, berpakaian gelap akan menyebabkan badan mengekalkan kehangatan kerana warna gelap menyerap bahangan cahaya matahari. Mana-mana bahagian badan seperti tangan, kulit yang terdedah kepada cuaca di antartika akan mati. Ini dipanggil Frostbite.
Pancaran cahaya matahari yang memancar permukaan ais juga menyebabkan masalah iaitu boleh membutakan mata manusia yang melihat cahaya putih yang terlalu terang. Oleh itu, mereka perlu memakai cermin mata hitam untuk menghalang mata dari buta.
Keadaan di antartika menjadi begitu sukar kepada mereka yang menjelajah benua tersebut. Perjalanan seseorang menjadi sukar dan cepat letih kerana tiupan angin yang kuat dan kencang. Inilah faktor yang menyebabkan para peneroka gagal menjejaki kaki di south Pole.

Hidupan

Terlalu sedikit hidupan di benua antartika. Terdapat sedikit liken dan lumut serta ampaian terapung di permukaan laut. Hidupan banyak terdapat di dalam laut kerana adanya bekalan nutrient seperti udang.
Ikan-ikan yang mendiami lautan di antartika adalah kecil termasuklah sotong . Ini merupakan makan utama kepada penguin, burung, ikan paus dan anjung laut.
80% spesies burung di benua antartika ialah penguin. Sebahagian mendiami atas permukaan iceberg yang terapung dan sebahagian lagi mendiami permukaan daratan.
Penguin Emperor tidak pernah menjejakkan kaki di permukaan daratan kerana menghabiskan rantaian hidupnya di lautan. Penguin betina akan bertelur di atas ais terapung dan penguin jantan akan mengeramnya menggunakan kaki. Penguin jantan mempunyai keistimewaan di abahagian bahawah badannya untuk mengeram telur.
Penguin bekerjasama antara jantan dan betina untuk menjaga anak dan mereka tidak pernah salah sewaktu member makan kepada anaknya walaupun terdapat beribu anak penguin.
Penguin membina sarang berdekatan untuk mengekalkan kepanasan badan.
Penguin memakan batu kerikil untuk memastikan ia tenggelam sewaktu di dalam air.
Penguin betina akan membina sarang dan bertelur manakala penguin jantan pergi mencari makanan untuk jangka masa selama 3 minggu. Kemudian, penguin jantan mengeram telur dan penguin betina mencari makanan.
Burung-burung lain yang terdapat di sini ialah camar laut. Mereka membina sarang di permukaan batuan di pesisir pantai.
Hidupan mamalia laut di antartika ialah ikan paus dan anjing laut. Dua jenis ikan paus yang terdapat di sini ialah Baleen dan the tooth whales.
4 jenis anjing laut iaitu: ross, leopard, crabeater dan weddell. Kira-kira 20 million crabeater di antartika.

Artikel yang menarik tentang Antartika:

No comments:

Post a Comment