Thursday, July 16, 2009

Bulan Membaca PSS

15 July 2009:

Sempena bulan membaca peringkat sekolah, pelbagai aktiviti telah diatur untuk memeriahkan lagi acara bulan membaca pada kali ini.

Bulan membaca ini dimeriahkan lagi dengan adanya pelancaran minggu teknik dan vokasional serta bulan kecerdasan.

Bertempat di kelas-kelas pelajar telah menjalankan aktiviti teka silang kata, peraduan melukis serta kuiz. Aktiviti ini berlangsung selama satu jam. kemudian berlangsung acara futsal antara kelas. Begitu banyak penyertaan dalam permainan ini dan acara berlarutan sehingga jam 6.00 petang. Pelbagai kerenah pemain dan penonton dapat disaksikan.

Dalam pada itu, berjalan juga acara xplorace yang disertai oleh 10 kumpulan yang terdiri dari 10 ahli. setiap kumpulan perlu menghabiskan sebanyak 10 stesen dalam masa yang diberikan oleh guru penganjur iaitu Puan Norizan dan Encik Shahrul Nizam. Dua daripada stesennya ialah di dalam perpustakaan yang memerlukan pelajar mencari maklumat tentang buku-buku serta yang terpenting..pelajar melayari internet iaitu mencari jawapan dalam blog pusat sumber sekolah.

Pelbagai reaksi diterima, ada di kalangan mereka yang begitu teruja dan berkata 'saya tak puas membaca blog pusat sumber ini, nanti saya akan layari lagi'. Itulah tujuan pihak penganjur iaitu menarik minat pelajar mencari maklumat menggunakan kemudahan media iaitu internet.

Manakala di bilik Ert pula berlangsung pertandingan mengubah hantaran dan menghias kek. Bakat-bakat memasak dan menghias pelajar terserlah pada waktu ini. Sebenarnya lebih ramai lagi bakat-bakat terpendam dalam kalangan pelajar yang tidak tercungkil dek guru dan ibu bapa. Oleh itu, sama-samalah kita peka dan prihatin kepada minat dan kesukaan anak-anak kita.

Puan Yusrina Hanim pula telah menganjurkan kursus solekan kepada pelajar perempuan. Begitu ramai pelajar yang menghadirkan diri untuk mengetahui teknik-teknik solekan yang betul kerana anak-anak gadis sekarang ini gemar kepada 'cantik'.

No comments:

Post a Comment