Sebahagian daripada amalan masyarakat Malaysia ... Cubalah....
Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.
Bau mulut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.
Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.
Jerawat
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih.Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.
b.Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering.Amalkan sedemikian setiap hari.
Rambut beruban
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
Melebatkan tumbuh rambut
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
Membuang tahi lalat hidup
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
Muka kasar dan berbintik-bintik hitam
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya.Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur.Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda.Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.
Menghilangkan kesan jerawat
Basuh muka dengan air kelapa muda.Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap.Kemudian cucilah dengan air sejuk.
Menghilangkan urat-urat yang timbul di kaki
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan.Makanlah pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit.Selepas itu barulah tidur.
Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.
Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.
Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.
Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.
Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.
Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.
Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.
Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.
Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
Kencing manis
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru.Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana.Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.
Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masakke dalamnya dan campurkan dengan sedikit garam.Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.
Penyakit kuning
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua.Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
Demam Berdarah
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan kepala dengan air tersebut
Cara-cara mengurangkan demam
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
Sakit Kepala
Sakit kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf.Sel-sel saraf terdapat diseluruh badan.Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit akan dialami.Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak maka rasa sakitnya akan lebih teruk.Bagi mengubati sakit kepala seeloknya mengubati punca sakit terlebih dahulu.Sekiranya terlalu kerap mungkin menandakan sakit barah otak.
i.Punca Dari Pakaian
Pakaian yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii.Punca Dari Cahaya
Anda boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang
iii.Punca Dari Mata
Mata yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv.Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan sakit kepala.
v.Punca Dari Kepala
Otak yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit kepala
Ubat sakit kepala
i.Ambil segemgam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1 sudu cuka dan diperapkan.Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan Insya-Allah akan sembuh segera.
atau
ii.Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh lalu diminum.
Cirit-Birit
Ramuannya;bawang merah,biji kopi, dan madu lebah asli.Bawang merah hendaklah dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
Kencing Tidak Lawas
Ramuannya;madu lebah,limau oren,madu dan air panas.Limau diperah dan diambil airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila menghadapi masalah tersebut.Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
Menyembuhkan Luka
Ramuannya;Kulit kayu manis dan madu lebah.Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah.Bahagian luka hendaklah dibersihkan dengan air suam.Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka itu.
Menyembuhkan sakit gigi
Ramuannya;Tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.
Untuk mendapat anak
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air tersebut.
Jika terlekat tulang
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah.Dengan berselawat sebnyak 3 kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu perlahan-lahan.Insya-allah,tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
Untuk mengubati penyakit batu karang
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan ini ke dalam air hangat dan diminum.
Penawar racun dan sengatan binatang berbisa
Ramuannya;madu lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.
Penawar jika dipatuk ular
Ramuannya;bawang putih dan madu lebah.Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang terkena patukan.
Penawar gigitan anjing gila
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah ditampalkan pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
Merawat masalah batuk kering
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah.Bawang merah ditumbuk hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya.Air perahan ini dicampurkan dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh pengidap penyakit tersebut.
Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu lebah dan lobak putih.Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang telah diparut diperah airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur setiap hari.
Penyakit gagap
Madu yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai masalah di dalam percakapan.
Batuk Biasa
Ramuannya;bawang putih dan madu.Bawang putih yang telah dibersihkan dari kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan ia bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali sehari.Setiap kali makanberatnya sebanyak 100gm untuk sekali makan.Amalkan selama 3-7 hari.
Benjol dan luka yang teruk
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian tubuh yang benjol atau luka tersebut.
Mempercepatkan penumbuhan rambut
Ramuannya;darah kambing dan madu.Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat melembut serta memanjangnya sekali.
Mata berselaput
Bahan-bahannya;Buih laut dan madu.Ambil buih laut yang terdapat dipinggir laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan campurkannya bersama dengan madu,kemudian letakkan campuran tersebut di atas pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
Penjagaan badan supaya sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor ayam kampung dan madu.Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air ke dalamnya untuk mendapatkan airnya.Biarkanlah selama beberapa minit hingga pati halia itu mendap.Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan bersama-sama dengan madu lebah.
Pelembap muka
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin pengisar.Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu lebah.Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan menjadi lembab dan segar.
Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
Deman Selsema
Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.
Tajamkan mata gunting
Ambil daun bambu kira-kira 10 helai.Potonglah daun itu dengan gunting yang tumpul.Selepas itu cuba gunting kertas atau pakaian dan jika masih tumpul ulangi langkah sebelum ini.
Mencuci kotoran pada pakaian
Pakaian yang kotor terkena dakwat maka dicuci dengan cuka atau air asam limau.Jika terkena minyak tanah pula kain itu diwap dahulu sebelum dicuci.Kotor yang terkena minyak pula maka maka dicuci dengan disapukan bedak dan biarkan bedak itu di situ selama beberapa minit kemudian baru basuh.Jika pakaian terkena darah maka dibilas dulu dengan air suam sebelum dibasuh.
Mempercepatkan Nangka Masak
Dengan memotong bahagian tangkainya dan dimasukkan kayu bersih sepanjang 10cm di bahagian tangkai yang dipotong itu. Kemudian simpan atau peram buah nangka itu dalam tempoh beberapa hari dan pasti nangka itu mengeluarkan bau yang harum yang menandakan ia sudah cukup masak.
Menyegarkan bau teko yang disimpan lama
Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya.Dengan cara yang sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.
Mencuci kerak periuk
Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam tempoh beberapa minit, setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal dengan sendirinya.
Menyimpan kelapa supaya tahan lama
Sebelum kelapa itu disimpan, hendaklah disapu dengan serbuk garam halus merata pada kelapa tersebut.Hasilnya kelapa itu akan tahan lama, tidak mudah berbau busuk dan berlendir.
Pakaian anda terkena getah
Bahagian yang terkena getah itu dibasuh dengan air dan direntangkan di udara.Di bawahnya di bakar belerang.Wap dari belerang itu akan menghilangkan getah yang melekat pada pakaian. Pakaian yang terkena kunyit dapat dibersihkan dengan menggosokan kapur sireh pada bahagian pakaian yang terkena kunyit tersebut.
Membersihkan termos
Masukkan satu genggam tea ke dalam termos dan tuangkan air mendidih kira-kira setengah termos.Biarkan air itu dingin selama satu malam dan akan dapat melihat hasilnya.Jika tidak, ulangi kembali cara itu.
Melepaskan bungkus dodol
Dodol biasanya dibungkus dengan kertas untuk mudah menceraikannya.Sebelum dibuka celuplah dodol yang terbungkus itu ke dalam air yang bersih dan pembungkus itu akan terbuka dengan sendirinya. Kalau dodol itu dibungkus dengan daun pisang, gunalah minyak goreng untuk membukanya.
Menyimpan perkakas supaya tidak mudah berkarat
Semua perkakas yang hendak disimpan itu dicuci terlebih dahulu dan keringkan betul-betul.Kemudian sapu minyak kelapa merata dan terus dibungkus.Ia menyebabkan perkakas dapur tidak akan berkarat dan tetap bersih.
PETUA MENGAWAL GUGUP
Ramai orang menganggap kegugupan (nervous atau stage fright) merupakan gejala yang paling besar sewaktu hendak berucap, apatah lagi ketika menghadapi audiens yang ramai bilangannya.Kegugupan ini akan lebih nyata kepada pengucap- pengucap yang tidak berpengalaman.Mereka akan kelihatan pucat,berpeluh,kaku, dan kadangkala menggeletar.Gejala ini jika dibiarkan akan menghilangkan konsentrasi pengucap terhadap isi kandungan ucapannya dan boleh menggagalkan terus sesuatu ucapan. Walau bagaimana pun,gejala kegugupan ini bukanlah suatu penyakit yang berterusan dan tidak boleh di atasi.Ianya boleh dikawal dengan kaedah-kaedah berikut:
i.Sedarilah bahawa kegugupan adalah perkara normal yang dihadapai oleh pengucap
Semua pengucap yang normal sama ada berpengalaman atau tidak, tidak akan terlepas daripada merasai kegugupan sewaktu hendak mula berucap.Ini adalah suatu realiti yang tidak dapat disangkal.Malah pakar-pakar pidato barat berpendapat bahawa kegugupan adalah sesuatu yang baik.Bagi mereka ianya merupakan suatu petanda bahawa kita mengambil berat terhadap audiens dan isi bicara kita. Jadi kita perlu menyakinkan diri kita sendiri bahawa pada hakikatnya kegugupan adalah fenomena biasa yang dirasai oleh semua orang, samalah seperti rasa lapar atau mengantuk.Dengan cara ini secara psikologi, kita dapat meghilangkan kerunsingan apabila kita gugup dan dapat memberi lebih tumpuan kepada apa yang hendak kita ucapkan seterusnya.
ii.Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa
Memang benar, keyakinan tidak dapat dibuat-buat dan pendengar mudah menilai sama ada kita yakin atau tidak dengan bicara kita.Tetapi kita perlu sedar bahawa keyakinan adalah perkara dalaman (internal) yang tidak seratus peratus dapat dibaca oleh audiens. Melainkan dengan perbuatan kita sendiri yang mengambarkan kita tidak yakin untuk berhujah. Umpamanya,perbuatan seperti mengaru kepala, merenung siling, memandang lantai dan sebagainya. Kita perlu faham bahawa kita akan kelihatan lebih berkeyakinan di mata audiens, daripada apa yang kita sendiri rasa.Malah kita akan kelihatan lebih yakin lagi sekiranya kita dapat menghindar perbuatan-perbuatan negatif yang boleh mengambarkan kegugupan kita.
iii.Kegugupan boleh dikurangkan dengan pengalaman
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa pengalaman sahaja yang dapat mengurangkan kegugupan,ke paras yang optimum,yang tersembunyi di mata audiens.Semakin kerap seseorang itu berucap, semakin pandailah ia menyembunyikan kegugupan, dan semakin yakinlah ia berucap.Oleh itu rebutlah peluang untuk berhadapan dengan audiens atau berlatihlah berucap di hadapan kawan-kawan, ini juga boleh memberi pengalaman berucap.
iv.Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan kita
Satu lagi perkara untuk diingati ialah bahawa sebenarnya tiada audiens yang mengharapkan kegagalan ucapan kita.Mereka datang untuk mendengar buah bicara, di samping berkongsi pengetahuan dengan kita.Jadi sampaikanlah buah bicara kita sebaik mungkin dan jangan kecewakan mereka.Lazimnya audiens amat mudah memaafkan kesilapan-kesilapan kecil yang dilakukan oleh pengucap.
v.Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapnya
Apabilla kita berasa gugup, fikirkan apakah idea-idea utama seterusnya yang telah kita gariskan untuk kita ucapkan.Jangan sekali-kali berhenti berucap dan menumpukan fikiran kepada gaya mana sesuatu isi itu hendak dilafazkan.Ini boleh menjadikan kita lebih gugup.Sebenarnya berucap itu sendiri merupakan satu kaedah untuk mengurangkan kegugupan.Jadi janganlah berhenti.Sebaliknya teruskan ucapan sambil cuba menumpukan perhatian kepada idea-idea utama atau isi ucapan yang telah kita susunkan.
vi.Buat persediaan yang secukupnya
Inilah cara yang paling berkesan untuk mengawal gugup.Ramai yang bersetuju bahawa kegugupan berlaku kerana kurang persediaan.Oleh itu sebelum berucap, buatlah persediaan yang rapi dari segi isi,penyusunan isi,contoh-contoh atau petikan-petikan yang berkaitan dengan subjek dan peruntukan masa yang telah diberikan kepada kita.Jangan lupa berlatih, ini juga merupakan sebahagian dari persediaan.
vii.Gunakan kaedah-kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan
Terdapat beberapa cara untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan.Kaedah ini dilakukan sebelum berucap.Antara kaedahnya ialah bertafakur sejenak, menarik nafas panjang dan melepaskan perlahan-lahan atau membaca sepotong doa.Kaedah-kaeadah ini mungkin berfunsi kepada beberapa orang, tetapi bagi orang lain tidak.Akan tetapi kebanyakan pengucap bersetuju bahawa ketenangan dan pemusatan fikiran perlu untuk menjadikan ucapan lebih berkesan, berbanding dengan berucap secara tergopoh-gopoh dan dengan fikiran yang berkecamuk
Menahan Air Liur Anak Dari Meleleh Keluar
Betapa sedihnya apabila melihat kanak-kanak yang mengalami air liur yang sentiasa keluar.Agak sukar juga mengubati penyakit ini.Menurut ubat tradisional, caranya cukup mudah.Bahan ubatnya boleh didapati di mana-mana.Beli atau petik labu yang telah tua, sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.Ambil tangkainya yang dekat dengan buah iaitu bahagian tangkalnya.Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.
Susah Tidur
Jika diserang sakit tidak dapat tidur lena pada setiap malam, memang merunsingkan.Badan akan terasa sakit-sakit dan lemah pada sebelah siang.Selalu menguap dan mengatuk.Dalam perkara ini dinasihatkan supaya mencari buah pala.Buah pala itu diparut secukupnya lalu dicampurkan dengan sedikit air.Kemudian ditekapkan pada bahagian ubun-ubun di kepala.Dengan izin Allah, orang yang mengalami hal ini akan tidur
Ulat Bulu
Anda mungkin pernah terkena ulat bulu dan menyebabkan kulit badan kita bengkak-bengkak dan kemerah-merahan.Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan ambil sepotong kunyit dan parut kunyit tersebut.Kemudian dicampurkan dengan kapur sireh dan air.Kemudian panaskan ramuan tadi dengan di atas api, dan setelah dingin maka sapukan ramuan tersebut pada bahagian yang bengkak itu. Lepas beberapa minit hilanglah bengkak tersebut.Kalau anda terkena sengatan lipan atau lebah maka ambil asam jawa dan tumbuk serta sapukan pada bahagian yang terkena luka itu.Insya-Allah, kesakitan sengatan itu akan berkurangan.
Masalah Mandul
Bagi mengatasi masalah mandul, amalkan setiap hari memakan taugeh (kacang cambah) mentah dan seminggu sekali cuba makan rojak nenas.Insya-Allah, dalam masa 5 bulan akan nampak hasilnya.
Tertusuk Duri
Ambil getah betik dan bubuh ditempat tersebut.Insya Allah, pagi esoknya akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya.
Mencabut Gigi dengan Sendirinya
Ambil tempurung kelapa yang masih basah (jangan yang sudah kering) dan letakkan di atas cawan, dan letakkan bara api di atas tempurung itu dan biarkan sehingga keluar minyak tempurung yang menitik ke dalam cawan, ambil kapas dan celupkan ke dalam minyak tersebut dan letakkan ke dalam gigi , juga minyak itu hendaklah dititik ke gigi tersebut.
Waktu-waktu dilarang tidur
Awal-awal pagi selepas terbit matahari,selepas masuk waktu asar, dan tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh daripada badan.
Bahaya tidur di siang hari
Mendatangkan penyakit kulit,merosakkan warna kulit,melemahkan jantung,menambahkan tekanan perasaan yang meluap,melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat dan melemahkan kecerdasan akal
Waktu-waktu yang dilarang minum air
Selepas bersenam,selepas makan atau selepasnya,ketika sedang makan,selepas makan buah-buahan,selepas keluar bilik air, dan selepas terjaga dari tidur
LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN
Dilarang keras terus tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati, hendaklah berjalan selepas sekurang-kurangnya 40 langkah dan sebaik-baiknya hendaklah sembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam
SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang hendak diminumnya
Cara Hapuskan Kelemumur
Ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, disapu pada kepala sambil digosok-gosok. Amalkan seminggu dua (2) kali sebelum mandi.
Merawat Deman Campak
Ambil beberapa helai daun pokok semambu yang segar dan tumbuk dengan sedikit beras sehingga lumat. Ambil daun yang telah lumat itu dan sapukan ke seluruh badan sehingga rasa miang berkurangan. (p/s : Ulang jika tidak cukup. Boleh dicampurkan sedikit air jika terlalu kering).
Cara Putihkan Kulit Melecur
Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti sediakala.
Menormalkan Suhu Badan
Anda dinasihatkan jangan minum minuman yang sejuk. Amalkan meminum air suam sekiranya dahaga.
Melicinkan Betis
Ambil limau nipis dan dibelah empat, kemudian digosokkan pada muka anda atau betis hingga airnya kering (anda akan berasa pedih sedikit), tungguh hingga lima minit kemudian cuci muka atau betis anda dengan air suam. Cubalah beberapa kali dalam sebulan.
Melebatkan Dan Mencantikkan Rambut
Pokok pisang yang ditebang akan meninggalkan tunggul yang tertanam di dalam tanah. Lubangkan tunggul batang pisang ini. Biarkan semalaman. Keesokkan harinya lubang tunggul itu akan dipenuhi air yang amat sejuk. Sapukan air tersebut ke kepala anda setiap hari. InsyaAllah dalam masa yang tidak lama, rambut anda akan menjadi sihat dan berseri.
Masalah Batuk
1. Batuk dikalangan kanak-kanak sungguh mengganggu dan jika dibiarkan boleh memudaratkan. Cara menghentikannya, ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu. Insya-Allah, ia akan pulih.
2. Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina ( orang cina panggil bo ho ) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
3.Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.
4. Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih bauk dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur. Insya- Allah, mujarab. na.
Menegangkan Kulit Muka
Bagi anda yang mengalami kedutan pada muka boleh lah mengambil sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut. Campurkan kesemua bahan dan ditumbuk hingga halus. Kemudian sapukan pada muka dan leher sebelum tidur. Lakukan dua kali seminggu. Insyaallah kedutan akan beransur hilang.
Memekatkan Sup
Kadangkala ketika memasak sup, kita menggunakan terlalu banyak air hingga menyebabkan sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
Masalah Cirit-Birit
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan. Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik semula.
Pulihkan Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
Kencing Tidak Lawas
1. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh.
2. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.
Ibu Hamil
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.
2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.
Masalah Sakit Kepala dan Pening
1. Sakit kepala boleh dihilangkan dengan cara, ambil sebiji kecil bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman, tetapi ia akan mengelupas dalam masa 2-3 hari.
2. Amalkan petua ini sekiranya kepala anda terasa pening. Ambil sebiji bawang merah yang besar dan lima biji bawang putih, hancurkan sehingga lumat dan campurkan secamca besar madu. Kemudian lumurkan pada kulit kepala dan urut lembut. Balut kepala dengan tuala suam. Biarkan semalaman dan pening akan hilang.
3. Ada cara yang paling mudah untuk menghilangkan sakit kepala. Ambil daun lemuni ( batang yang lembut sahaja ) lebih kurang sekilogram. Masukkan kedalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan anda pasti akan berasa segar serta ringan kepala.
Hidung Berdarah
Sekiranya hidung anda berdarah, titiskan campuran cuka dan air mawar. Amalkan dan penyakit ini tidak akan berulang.
No comments:
Post a Comment