Saturday, June 20, 2009

Cerita Kek Cawan.




20 june 2009...0800 pagi hingga 0100 petang
Bertempat di SMK Taman Tuanku Jaafar, pihak kaunseling serta Encik Mohd Abduh telah menganjurkan satu program yang diberi judul program kepimpinan keluarga. Program ini merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak kaunseling yang melibatkan para ibu bapa. Program ini berobjektifkan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara pihak sekolah dengan komuniti luar serta mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepimpinan mereka terhadap anak-anak.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang penceramah yang namanya begitu sinonim dengan program kaunseling keluarga serta remaja iaitu Dr Noraini Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa. Kehadiran para penjaga serta ibu bapa juga begitu membanggakan kerana program ini melibatkan penjaga pelajar tingkatan satu hingga lima dari kelas pertama dan kedua sahaja.

Kek Cawan...itulah nama jolokan yang boleh diberi kepada program hari ini. Sebelum ceramah dimulakan, penceramah iaitu Dr noraini telah memberi setiap tetamu...Kek Cawan..

Bermacam-macam warna kek, hijau, merah, oren serta kuning menjadikan majlis pagi ini lebih berseri dan ceria. Semua tetamu termasuk guru-guru menerima sebiji kek.

Sesi pertama ceramah berjalan sehingga jam 1030 pagi dan ceramah juga berkisarkan tentang kek cawan yang membawa maksud 'anak'. bagaimana seseorang anak itu dibentuk,ianya akan menjadi mengikut acuannya. sekiranya adunannya tersilap timbangan atau acuannya sedikit cela...maka keknya turut cacat.

Tamat sesi pertama ceramah, tetamu dan para ibu bapa diminta membawa dan menjaga kek cawan mereka dengan sempurna seperti menantang minyak yang penuh semasa menikmati sarapan pagi. Selepas itu, semasa sesi kedua ceramah bermula, penceramah bertanya kepada ibu bapa sama ada mereka masih menyimpan kek ataupun telah memakannya.Ada juga di kalangan tetamu yang telah menghabiskan kek cawan tersebut.

Ceramah dan sesi soal jawab berakhir tepat jam 0100 petang. Walaupun begitu, ceramah hari ini banyak meninggalkan kesan terutamanya kepada mereka yang bergelar ibu atau bapa. Setiap anak dilahirkan dengan warna dan kerenah yang berbeza, namun sebagai ibu bapa kasih sayang dan perhatian terhadap mereka tidak seharusnya berbeza kerana setiap dari mereka ada keistimewaanya.

TERIMA KASIH DAUN KELADI........

Lady Bug Note Generators

No comments:

Post a Comment