Showing posts with label Perkembangan Staf. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Staf. Show all posts

Tuesday, November 10, 2009

Perkembangan staf. EQ

Hari ini sekolah kami telah mengadakan latihan dalam perkhidmatan yang di kelolakan oleh En. Fadzli ( bakal pengetua). Ceramah yang betul-betul memberi makna kepada mereka yang ingin memahaminya dan menghayatinya.
Saya sangat terharu dengan apa yang saya lihat . Begitu besar kuasa otak yang Allah berikan kepada manusia. Insyaallah, ia mampu mengawal segala-galanya. Cuba anda lihat video ini dan fikirkan.

Sunday, June 21, 2009

Cerita Kek Cawan...Dari Lanse Pn. Norazian Kaunselor.





Cerita dari lensa norazian kaunselor..cerita-cerita yang penuh dengan warna secantik kek cawan.Pada satu ketika nanti,diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi.
Lensa ini sempat juga merakamkan aktiviti kumpulan pengakap yang menjalani latihan menghidupkan api.Latihan ini diketuai oleh tenaga pengajar iaitu suami kepada Puan Masita.Tiada seorang pun pengakap yang menyedari aksi mereka dirakam oleh lensa Norazian.Tahniah kepada semua pengakap.

Cerita Kek Cawan 4



Sesi kedua ceramah bermula.Macam-macam gaya dan warna.Semakin hangat dan bermakna walaupun pada satu ketika hujan turun dengan lebatnya...Sesi kedua berakhir tepat jam 1230 tengahari dan diikuti sesi soaljawab. Majlis bersurai tepat jam 0100 petang.

Cerita Kek Cawan 3..



Inilah waktu makan-makan...Penceramah dah pesan,masa makan pagi nanti dapatkan 5 orang sahabat baru.Kita tengok nanti,siapa yang berjumpa kenalan baru...

Cerita Kek Cawan 2



Cerita dan gaya tetamu serta guru semasa ceramah sesi pertama jam 0900 pagi hingga 1030 pagi...indah dan ceria.

Saturday, June 20, 2009

Cerita Kek Cawan.




20 june 2009...0800 pagi hingga 0100 petang
Bertempat di SMK Taman Tuanku Jaafar, pihak kaunseling serta Encik Mohd Abduh telah menganjurkan satu program yang diberi judul program kepimpinan keluarga. Program ini merupakan satu program yang julung kalinya dianjurkan oleh pihak kaunseling yang melibatkan para ibu bapa. Program ini berobjektifkan untuk mengeratkan tali silaturrahim di antara pihak sekolah dengan komuniti luar serta mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa tentang kepimpinan mereka terhadap anak-anak.

Penceramah yang dijemput merupakan seorang penceramah yang namanya begitu sinonim dengan program kaunseling keluarga serta remaja iaitu Dr Noraini Ahmad dari Universiti Islam Antarabangsa. Kehadiran para penjaga serta ibu bapa juga begitu membanggakan kerana program ini melibatkan penjaga pelajar tingkatan satu hingga lima dari kelas pertama dan kedua sahaja.

Kek Cawan...itulah nama jolokan yang boleh diberi kepada program hari ini. Sebelum ceramah dimulakan, penceramah iaitu Dr noraini telah memberi setiap tetamu...Kek Cawan..

Bermacam-macam warna kek, hijau, merah, oren serta kuning menjadikan majlis pagi ini lebih berseri dan ceria. Semua tetamu termasuk guru-guru menerima sebiji kek.

Sesi pertama ceramah berjalan sehingga jam 1030 pagi dan ceramah juga berkisarkan tentang kek cawan yang membawa maksud 'anak'. bagaimana seseorang anak itu dibentuk,ianya akan menjadi mengikut acuannya. sekiranya adunannya tersilap timbangan atau acuannya sedikit cela...maka keknya turut cacat.

Tamat sesi pertama ceramah, tetamu dan para ibu bapa diminta membawa dan menjaga kek cawan mereka dengan sempurna seperti menantang minyak yang penuh semasa menikmati sarapan pagi. Selepas itu, semasa sesi kedua ceramah bermula, penceramah bertanya kepada ibu bapa sama ada mereka masih menyimpan kek ataupun telah memakannya.Ada juga di kalangan tetamu yang telah menghabiskan kek cawan tersebut.

Ceramah dan sesi soal jawab berakhir tepat jam 0100 petang. Walaupun begitu, ceramah hari ini banyak meninggalkan kesan terutamanya kepada mereka yang bergelar ibu atau bapa. Setiap anak dilahirkan dengan warna dan kerenah yang berbeza, namun sebagai ibu bapa kasih sayang dan perhatian terhadap mereka tidak seharusnya berbeza kerana setiap dari mereka ada keistimewaanya.

TERIMA KASIH DAUN KELADI........

Lady Bug Note Generators

Thursday, May 21, 2009

Head Count - 20 Mei 2009

Suasana ceria, yang menyulami bilik mesyuarat kami..kyusuknya mereka itu.

alamak...sori, gambar blur..memang tidak profesional dalam hal ini. Ada Sesiapa boleh bantu?

Kak Tipah, Ustazah Liza, Kak Yati Kak Ita dan Iza...tekun nya.


TQ pada penceramah...cenderahati dari PK1..Pn Masita


Semangat penceramah tidak akan luntur. Walaupun dalam keadaan penat.


Pelajar yang tekun...Rohaiza, Azian (kesian..dah sarat), Sharayah, Rupidah dan Suseela


Take 5....

Puas hati semua yang diajar telah difahami. Good.


Pada hari yang indah..Rabu 20 Mei 09, kami telah menambahbaik profesion dengan kursus 'Head Count'. Biasalah..di dalam kelas kami "head count" pelajar dan di sini kami "head count" masa depan pelajar. Kursus ini berjalan selama 2 jam dengan jayanya. Walaupun keletihan selepas seharian mendidik anak bangsa. Kami menghadiri kursus ini dengan berkobar dan berdebar adakah kami mampu merealitikan impian setiap ibubapa. Tapi..banyak ilmu yang kami perolehi dan dianggap 'refresh' kerana masing-masing dah tepu dengan head count. Terima kasih kepada penceramah...pandai melawak di kala petang yang berbahang ini. Kami akan terus berusaha untuk menjayakannya...

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Headcount.

Hari ini kami mengulangkaji semula cara membuat headcount, macam pelajar la juga sentiasa lupa dan sentiasa perlu diingatkan. Disampaikan oleh En. Malek.