Bertempat di bilik utiliti (dewan serbaguna), satu ceramah teknik menjawab soalan PMR telah diadakan. Kali ini pelajar tingkatan 3a, 3b, 3c, 3d dan 3e telah diberi peluang untuk mendengar tips-tips berguna untuk menjawab soalan matematik.
Penceramah merupakan seorang yang riang, aktif dan berjaya menawan minat pelajar untuk tekun mendengar teknik-teknik menjawab soalan matematik. Beliau merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Durah (STAD), Seremban.
Tips-tips menjawab soalan yang diberikan oleh Encik Jamal begitu menarik dan terasa matematik adalah satu mata pelajaran yang senang.
Kepada Encik Jamal..terima kasih daun keladi. Datang-datanglah lagi ke sekolah kami.
No comments:
Post a Comment